Isnin, 12 Disember 2011

CONTOH RANCANGAN HARIAN



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran                      :           Bahasa Melayu ( Pemulihan Khas )
Kelas                                      :           Tahun 4 ( Pemulihan Khas)
Bilangan Pelajar                   :            8  orang
Tarikh                                     :            27.10.2011
Masa                                      :            8.15  - 8.45  pagi (60 minit)
Tajuk                                      :            Berkelah di Tepi Pantai
Sub Topik                              :            Bina  5  ayat  berpandukan gambar yang dilihat.

Hasil Pembelajaran :           Pada akhir pelajaran murid dapat  :
i.              Bina sekurang-kurangnya  3  daripada 5 ayat dengan betul berpandukan gambar  yang dilihat.
ii.            Membaca ayat yang dibina dengan betul.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
I.              Set Induksi
II.            Soal jawab
III.           Bercerita berpandukan gambar
IV.          Bimbingan  Bina ayat
V.           Latihan bertulis

Nilai    :           kerajinan, bertanggungjawab, kasih sayang
KBKK :           menjana idea, memahami
Pengetahuan sedia ada murid  :   murid-murid pernah berkelah di tepi pantai bersama keluarga.

PERLAKSANAAN   P&P


Langkah / isi pelajaran / Masa


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
( 3 minit )


1.    Guru memilih dua orang murid secara rawak untuk main peranan (simulasi) ketika berada di pantai.

2.    Murid-murid lain meneka  perbuatan mereka.

3.    Murid meneka tajuk pelajaran yang hendak dipelajari.





Nilai  :

Kerjasama


Langkah   1

( 5 minit )

1.    Guru mencungkil pengalaman murid pergi berkelah di pantai melalui  teknik soal jawab.

2.    Murid  diminta menamakan nama-nama pantai yang terdapat di negeri Kelantan dan negeri lain di dalam Malaysia.



Nilai  :

Kasih sayang
Kerjasama

KBKK  :
Menjana idea

Langkah  2

( 10 minit)

1.    Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi gambar kepada murid-murid.

2.    Guru bersoal jawab dengan murid  tentang gambar yang dilihat.

3.    Murid  dibimbing  membulatkan aktiviti-aktiviti yang terdapat pada gambar.

4.    Murid diminta membina ayat berpandukan aktiviti-aktiviti  dalam gambar yang telah dibulatkan tadi.

5.    Guru membimbing murid  membina ayat mudah berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.



Nilai  :

Bertanggungjawab

kerjasama

Langkah  3

( 10 minit )




1.    Murid-murid  menulis ayat  berdasarkan aktiviti-aktiviti dalam gambar seperti yang telah dibincangkan tadi.

2.    Guru membimbing murid  dari  segi ejaan,tulisan dan binaan ayat.

Pengayaan  :  Susun  perkataan jadi ayat yang betul.

Pemulihan  :   Guru bimbing  murid baca ayat yang  
                       dibina.



Nilai  :

Kerjasama

bertanggungjawab

Penutup

( 2  minit )

1.    Murid dipanggil secara rawak untuk membaca ayat yang ditulis.

2.    Guru merumuskan pelajaran hari ini.


Nilai  :  kerjasama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan